Cari Blog Ini

Jumaat, Mei 02, 2008

Kata2 Mutiara Prof Dr Hamka

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya.


Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.


Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.


Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.


Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.

Tiada ulasan: